Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 15, 2016

KES BUNUH: POLIS MOHON BANTUAN CARI TIGA INDIVIDU




Kemaman - Polis Kemaman hari ini meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, ketiga-tiga mereka dikenali sebagai Mohd Riduan Ismail, Mohd Alias Mokhtar dan Muhammad Amirul Mohd Shafiee yang berumur antara 22 hingga 32 tahun.

"Muhammad Amirul dikehendaki bagi membantu siasatan melibatkan samun sehingga menyebabkan kematian seorang wanita warga emas di Geliga akhir April lalu.

"Dua lagi melibatkan kes bunuh seorang lelaki berusia 37 tahun di kawasan pelupusan sampah di Kampung Labohan (28 Mei) dan kematian seorang lelaki yang berusia 45 tahun di Pantai Geliga 3 Jun lalu," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Polis percaya Muhammad Amirul yang berasal dari Kampung Geliga melarikan diri ke Kuala Lumpur dan yakin dengan tertangkapnya ketiga-tiga individu terbabit, kesemua kes dapat diselesaikan.

Justeru, orang ramai yang mengenali kesemua individu terbabit tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Kemaman Asisten Komisioner Chia Che Chau di talian 019-6383999.

"Mereka ini amat diperlukan untuk menyelesaikan kes bunuh tersebut dan kita berharap orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung ketiga-tiga ini dapat memberikan kerjasama," katanya.

Sumber

0 comments:

share2