Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 2, 2016

JANGAN MUDAH PERCAYA PEMBANGKANG


Tengku Adnan


Kuala Lumpur - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), ‎Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan kempen kutipan derma oleh parti-parti pembangkang.

Orang ramai, katanya perlu sedar bahawa parti-parti pembangkang hanya mahu mengejar populariti dan meraih simpati mereka untuk mendapat sokongan.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan terowong jalan kedua di Jalan Tuanku Abdul Halim ke Lebuhraya Sultan Iskandar di sini, hari ini, Tengku Adnan percaya parti DAP mempunyai dananya sendiri.

Beliau diminta mengulas kempen kutipan derma sebanyak RM1juta yang dilancarkan oleh DAP Pulau Pinang untuk Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang, yang kini menghadapi dua pertuduhan rasuah di mahkamah.

Khamis lepas, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan ikat jamin RM1 juta kepada Guan Eng dengan seorang penjamin selepas beliau mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Berikutan kes itu, DAP Pulau Pinang yang diketuai Chow Kon Yeow telah melancarkan kutipan derma daripada orang ramai bagi menampung perbelanjaan wang jaminan itu.


0 comments:

share2