Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 27, 2016

NAJIB UMUM ROMBAKAN KABINET BAHARU


Najib


Shah Alam - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan Kabinet baharu di Putrajaya, sebentar tadi.

Ia berikutan lima kekosongan jawatan, iaitu tiga menteri dan dua timbalan menteri.

Pengumuman tersebut dibuat dalam sidang media khas Kabinet di pejabatnya pada jam 3.15 petang.


Berikut senarai rombakan Kabinet baharu:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Unit Perancang Ekonomi (EPU) - Datuk Abdul Rahman Dahlan,

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan – Tan Sri Noh Omar,

Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Mah Siew Kiong,

Menteri Kewangan ke-2 – Datuk Johari Abdul Ghani,

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Othman Aziz,

Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Lee Chee Leong,

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri K Devamany,

Timbalan Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Chua Tee Yong,

Timbalan Menteri Perladangan dan Komiditi - Datuk Datu Nasrun Datu Mansor,

Timbalan Menteri KPDNKK – Datuk Henry Sum Agong.


0 comments:

share2