Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 4, 2016

[PEKAN] KAPAL TENGGELAM 100 TAHUN MUNCUL DI SUNGAI PAHANG


Kapal tenggelam 100 tahun muncul di Sungai Pahang


Ekoran paras air Sungai Pahang yang cetek berikutan cuaca kering, penduduk Kampung Tanjung di Paloh Hinai dekat sini dapat melihat kemunculan semula sebuah kapal dagang British yang didakwa tenggelam 100 tahun lalu.

Objeknya dikesan sejak sebulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Paloh Hinai, Abdul Rashid Abdul Rahman berkata pada awalnya hanya sebahagian bangkai kapal itu yang kelihatan, namun ekoran air sungai yang semakin cetek menyebabkan semakin banyak bentuk kapal itu kelihatan.

"Kisah kapal ini memang popular dalam kalangan penduduk yang diperturunkan dari generasi ke generasi. Dikatakan ia karam kerana menganggu makhluk halus selain sikap kaptennya yang sombong," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata kapal tersebut masih mempunyai serombong, tali sauh, kipas dan kebuk pembakaran enjin berkuasa wap.

Abdul Rashid mahu asal usul kapal itu disahkan pihak berkaitan.


0 comments:

share2