Perth - Hanya gara-gara nama 'hotspot' WiFi yang menyerupai nama bom, berpuluh penumpang sebuah penerbangan membuat keputusan untuk turun dari pesawat.
Menurut laporan CNN, nama hotspot WiFi 'Mobile Detonation Device' yang dikesan seorang penumpang, John Vidler menyebabkan dia panik.
John terus memberitahu kru penerbangan dan mengatakan tidak mahu menyertai penerbangan Qantas Airways sehingga peranti tersebut ditemui.
Walaupun peranti tersebut tidak ditemui, pesawat tetap meneruskan penerbangan selepas John dan 40 penumpang yang lain turun dari pesawat.
"Tiada sebarang risiko sekuriti ke atas pesawat yang telah selamat mendarat di Perth dari Melbourne," kata jurucakap Qantas.
Pesawat tiba lewat dua jam kerana bagasi John dan penumpang lain terpaksa dikeluarkan sebelum berlepas.
0 comments:
Post a Comment