Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 5, 2016

LARIAN BENDERA SEMPENA 70 TAHUN UMNO BERMULA


Umno


Larian Bendera Umno peringkat Zon Utara sempena sambutan ulang tahun ke-70 Umno, bermula di Perlis semalam.

Larian yang disertai kira-kira 1,000 Pemuda Umno bermula 2 petang di Padang Besar melalui Kangar, Arau dan tamat di sempadan Perlis-Kedah di Kodiang kira-kira 6 petang.

Turut serta berlari dari Arau ke Kodiang hampir lapan kilometer ialah Setiausaha Kerja Umno Perlis Kamarudin Abdun dan Ketua Pemuda Umno Perlis, Syed Atif Syed Abu Bakar.

Di sempadan (Kodiang), Syed Atif menyerahkan bendera Umno kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang menyerahkannya pula kepada Timbalan Ketua Umno bahagian Jerlun merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif untuk meneruskan larian. 

Kamarudin berkata cuaca panas tidak menjejaskan larian yang berlangsung dalam suasana penuh kemesraan dan kekeluargaan Umno.

"Larian ini adalah simbolik perjuangan 70 tahun Umno ditubuhkan, bertujuan menyuntik semangat Pemuda Umno agar lebih mantap menghadapi ujian selain mengukuhkan perpaduan," katanya.

Larian peringkat Zon Pantai Timur juga bermula semalam di Pangkalan Kubur, Kelantan dan berakhir di sempadan Kelantan/Terengganu di Kuala Besut petang semalam.


0 comments:

share2