Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 27, 2016

#PRNSARAWAK: ISU GST, 1MDB BUKAN MASALAH SARAWAK - ADENAN




Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata Sarawak tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu nasional seperti 1MDB dan menyifatkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah penyelamat ekonomi di negara ini.

Katanya, skandal firma pelaburan negara tersebut tidak mempunyai kaitan langsung dengan kerajaan negeri malah isu terbabit tidak boleh dikaitkan dengan Barisan Nasional di negeri ini.

"Ini adalah pilihan raya negeri, bukan pilihan raya persekutuan.

"Jika pilihan raya persekutuan dan negeri diadakan pada masa yang sama, maka saya akan mengatakan perkara-perkara persekutuan juga penting.

"Mereka (pembangkang) hanya mahu membangkitkan isu-isu nasional kerana mereka mahu mengheret kita ke dalam perkara seperti 1MDB ini. Tetapi hakikatnya kita tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan perkara-perkara tersebut," katanya pada sesi pertemuan khas dengan media di kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) lama semalam

Menurut beliau, pembangkang telah memainkan isu kerugian berbillion ringgit 1MDB dalam kempen mereka untuk pilihanraya negeri Sarawak, 7 Mei ini.

Mereka juga telah berjanji untuk mengurangkan kos sara hidup dengan memansuhkan GST melalui manifesto mereka sendiri.

Mengulas lanjut, Adenan mengakui kos sara hidup semakin meningkat tetapi kerajaan negeri telah melakukan beberapa perkara untuk mengurangkan beban rakyat.

"Saya tidak boleh menafikan terdapat peningkatan dalam kos sara hidup. Ya, saya tidak boleh menafikan, tetapi kita tidak mempunyai kuasa di peringkat negeri mengenai perkara terbabit,”.


0 comments:

share2