Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 27, 2016

[KUANTAN] 99 TENAGA PENGAJAR TAFAQQUH FIDDIN MENERIMA SIJIL PELANTIKAN MENGAJAR


                             

27.4.16.  Seramai 14 qadhi daerah dan penyelia berserta 85 tenaga pengajar Tafaqquh Fiddin Negeri Pahang menerima surat perlantikan masing-masing bagi memulakan kelas baru pada 30 April ini.
Surat perlantikan disampaikan oleh Pengurus Besar Yayasan Pahang, Dato’ Mahmud Mohd Nawawi.

Tafaqquh Fiddin telah memasuki tahun kedua pelaksanaannya. Pada peringkat awal Tafaqquh Fiddin menjalankan projek perintis di empat buah masjid di Kuantan, Pekan dan Bentong dengan sasaran 200 pelajar sahaja. Bagaimanapun jumlah yang mengikuti pengajian tahap pertama program ini telah melebihi sasaran iaitu 550 pelajar di empat pusat berkenaan.

Berdasarkan sambutan yang amat menggalakkan itu, Yayasan Pahang meluaskan lagi peluang untuk mendapatkan ilmu agama secara sistematik dan mempunyai silibus khas ke daerah-daerah membabitkan 11 buah masjid lagi di seluruh negeri Pahang.

Program Tafaqquh Fiddin adalah program bersepadu anjuran Yayasan Pahang dengan kerjasama Jabatan Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang  bertujuan meningkatkan dan memperbaiki tahap pengetahuan dan kefahaman masyarakat Islam mengenai agama Islam itu sendiri.


            

0 comments:

share2