Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 28, 2016

#PRNSARAWAK : ADAKAH 53 TAHUN SIBU TIDAK PERNAH BERUBAH?




Kempen piliharaya di Sibu mula menampakkan kehangatan dikalangan parti-parti politik yang bertanding. Berbagai hujah dan ucapan diketengahkan oleh calon-calon parti politik yang bertanding bagi menarik sokongan yang lebih daripada pengundi di kawasan Sibu.

Sibu terbentuk oleh 2 Parlimen dan terdapat 5 pecahan Dewan Undangan Negeri dibawah kuasa dua Parlimen. Parlimen Sibu terdapat 3 Dewan Undangan Negeri yang terdiri daripada DUN Bawang Assan, DUN Pelawan dan DUN Nangka manakala Palrlimen Lanang terdiri daripada dua Dewan Undangan Negeri iaitu DUN Bukit Assek dan DUN Dudong.

Yang menarik pada kali ini ialah kempen di DUN Bukit Assek dan DUN Dudong. Masing-masing parti politik mengeluarkan ayat yang 'POWER' untuk menarik seberapa ramai pendengar dan pengundi kawasan tersebut. Rata-rata parti pembangkang cuba melibatkan isu Nasional dalam pilihanraya Sarawak pada kali ini.

Isu GST, Autonomi dan sebagainya menjadi tajuk utama bagi melicinkan kelancaran kempen mereka dan memudahkan pengundi mendengar dan mempercayai setiap inti ucapan. Itu sahaja modal pihak pembangkang mampu bagi mengekang kelancaran pergerakan Barisan Nasional yang mula mendapat perhatian rakyat Sarawak atas kepopulariti Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang sudah bergerak bersama-sama calon komponen Barisan Nasional yang lebih dikenali sebagai 'Team Adenan'.

Dalam hal menyentuh pembangunan, pembangkang bermain isu keadaan Sarawak masih ditakuk lama selama 53 tahun merdeka sebagai Malaysia. Pembangkang timbulkan Sarawak yang tidak berubah khususnya Sibu yang masih lagi seperti dahulu kala. Ternyata kempen berkenaan pembangunan Sibu pembangkang masih menggunakan skrip kempen 30 tahun yang lalu.

Hakikatnya penduduk Sibu tidak buta dan peka terhadap pembangunan yang berlaku di sekeliling mereka. Penduduk Sibu sedar 30 tahun lalu sukar untuk keluar dari Sibu disebabkan ketika itu hanya feri dan bot ekspress sahaja mampu membawa warga Sibu keluar dari Sibu. Namun hari ini warga Sibu bebas keluar masuk Sibu apabila jalan sudah berhubung terus dimana jambatan-jambatan penghubung sudah gah berdiri dan ia tiada tol.

Pembangkang bermain isu keadaan jalan yang tidak rata di Sibu dan mula menyalahkan kerajaan berkaitan hal tersebut. Apa yang diketahui, permukaan jalan tersebut pada mulanya begitu baik permukaannya dan penduduk merasai keselesaan menggunakan jalan tersebut suatu ketika itu. Kepesatan pembangunan Sibu bukan mudah untuk dihalang dimana setiap kawasan di Sibu mula di develope oleh kontraktor-kontraktor mengejar keuntungan untuk membina penempatan perumahan baru.

Bermula dari situ permukaan jalan-jalan berubah keadaan daripada jalan yang selesa menjadi tidak selesa apabila lori-lori yang penuh muatan tanah dan batu menyusuri jalan tersebut. Keadaan jalan mula bergelombang dan tidak rata. Adakah itu salah kerajaan seperti dakwaan pembangkang ?

Apa yang berkaitan kerosakan dan kelemahan diperingkat bawah, pembangkang di Sibu akan menyalahkan kerajaan. Disitu pembangkang pada hakikat sebenar kurang isu untuk diketengahkan. Isu yang rakyat Sibu sendiri sudah mengetahui sebab musababnya. Berkenaan Sibu tidak pernah berubah dalam aspek pembangunan, rakyat sedar kempen pembangkang hanya serkap jarang dan tidak mengikuti fakta sebenar.

Rakyat Sibu sedar kempen pembangunan Sibu bukan teras utama untuk menarik sokongan kerana rakyat Sibu sudah bersedia untuk menghadapi pengikhtirafan Sibu sebagai sebuah Bandararaya bila-bila masa. Jelas 53 tahun Sibu tidak berubah adalah kenyataan yang tidak rasional daripada pembangkang.Yang pasti Sibu telah membangun sebegitu pesat di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional.


0 comments:

share2