Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 28, 2016

#PRNSARAWAK: RAMKARPAL SINGH AUTA CUMA PBT P. PINANG MANSUH GST




Kuching – Beginilah padahnya bercakap ikut suka hati hanya untuk memikat pengundi tanpa menyedari berjaya memperdayakan masyarakat tempatan ketika leka seronok berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11.

Antara paling menarik perhatian apabila seorang Anggota Parlimen DAP dari Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh memutar belit fakta mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ketika berceramah di sini Rabu malam.

Anak kepada bekas Pengerusi DAP Kebangsaan, mendiang Karpal Singh yang maut dalam nahas jalan raya di Perak pada 2014 lalu; dilaporkan telah seminggu berada di Sarawak membantu jentera parti pembangkang itu.

Mungkin kerana terlalu teruja bercerita mengenai keburukan GST yang baharu dilaksanakan lebih setahun tahun lepas, Ramkarpal dikesan cuba ‘auta’ penduduk ketika berceramah di Pusat Khidmat DAP Kota Sentosa di sini.

Untuk makluman, kerusi N.12 itu kini disandang oleh Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen sejak menjadi ADUN di situ pada 2006 selain Ahli Parlimen Bandar Kuching sejak Pilihan Raya Umum ke-11 pada 2004 lalu.

“Saya datang dari Pulau Pinang yang diperintah DAP, negeri ini mana ada PBT (pihak berkuasa tempatan) buat GST dan Pulau Pinang ialah satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mengenakan GST,” kata Ramkarpal.

Hujah beliau yang juga seorang peguam itu barang kali tanpa sedar menonjolkan kelemahan dirinya sendiri terhadap pengetahuan am kerana untuk rekod, bukan Pulau Pinang sahaja yang PBTnya memansuhkan GST.

Bagi sesiapa yang selalu mengikuti perkembangan semasa, Johor muncul negeri pertama membatalkan GST dikenakan oleh semua PBT susulan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sendiri pada tahun lalu.

Ini bukan sahaja meliputi cukai pintu, malah cukai tanah oleh semua pejabat tanah di negeri selatan Semenanjung Malaysia itu pun ‘bebas’ GST sebelum langkah tersebut mula diikuti banyak negeri lain termasuk Sarawak sendiri.

Untuk makluman, Selangor yang diperintah PKR (dan bertindih enam kerusi sama dengan DAP dalam PRN Sarawak kali ini) juga bakal memansuhkan GST untuk semua tarif cukai pintu dan tanah di negeri berkenaan.

Jadi di manakah logik Ramkarpal konon hanya Pulau Mutiara yang diperintah DAP itu sejak 2008 tiada GST dikenakan oleh dua PBTnya iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Mungkin sebab itu jugalah ramai yang hadir pada ceramah itu (dianggarkan cuma sekitar 300 orang) terlopong mendengar auta Ramkarpal dan terpinga-pinga kehairanan: “Bukankah PBT Sarawak sudah lama mansuh GST?”


0 comments:

share2