Kota Bharu - Viral telur berdiri akibat fenomena gerhana tidak benar, sebaliknya memang boleh berdiri jika diletak dengan baik dan seimbang," katanya Pakar Astronomi, Prof Dr Mahamarowi Omar.
Menurutnya, apa yang diviralkan sebelum ini mengarut kerana gerhana yang berlaku tidak pernah mempengaruhi kedudukan terlur tersebut.
“Tak ada (kaitan telur berdiri kerana gerhana), mengarut, sebenarnya kalau ambil telur dan dirikan di luar waktu gerhana pun, ia akan berdiri jika diletak dengan baik.
“Benda yang tak ada asa saintifik, kesan graviti ketika gerhana ke atas telur pun sangat kecil, tidak memadai untuk membolehkan dia berdiri,” katanya kepada media ketika menghadiri Program Meneroka Keajaiban Cakerawala di Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin ‘Aishah Puteri di sini, hari ini.
0 comments:
Post a Comment