Usul mengeluarkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dinding alma mater Universiti Nottingham, United Kingdom hanya gah di laman sosial namun, realiti sebenar adalah sebaliknya.
Mengulas mengenainya Najib berkata, usul itu tewas dengan majoriti besar apabila hanya enam daripada 71 pelajar mengundi setuju manakala 41 menolak dan 24 pula berkecuali.
“Ketika usul mahu menurunkan gambar ini mula disebarkan di internet, nampaknya seperti akan dilaksanakan tetapi keputusan undian menyebabkan ‘program’ mereka tidak menjadi dan rosak.
“Kalau membaca di internet, kita boleh ‘gila’ kerana terlalu banyak perkara yang tidak menunjukkan realiti sebenar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, semalam.
Najib berkata, senario politik kini lebih menjurus kepada politik persepsi dan semakin menjadi mainan pihak tertentu.
Menurutnya, kerajaan pada realitinya melakukan pelbagai usaha untuk rakyat dan akan terus istiqamah serta fokus membangunkan ekonomi agar kebajikan rakyat terbela sebaik-baiknya.
“Jangan pedulikan Deklarasi Rakyat kerana apa yang kita buat sekarang adalah untuk rakyat termasuk agenda perumahan mampu milik yang kerajaan laksanakan,'' katanya.
0 comments:
Post a Comment