Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 29, 2016

[KUANTAN] KANAK-KANAK BOLEH HIDAP SAKIT BUAH PINGGANG


Kanak-kanak boleh hidap sakit buah pinggang


Ramai yang tidak mengetahui bahawa penyakit buah pinggang boleh berlaku di kalangan kanak-kanak yang mungkin disebabkan oleh kegagalan buah pinggang secara semula jadi ataupun melalui jangkitan kuman.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas, Datuk Norul Azali Sulaiman berkata, statistik menunjukkan pesakit yang memerlukan rawatan dialisis setiap tahun meningkat apabila pusat hemodialisis bertambah sama ada di dibuka oleh kerajaan ataupun pihak swasta.

Menurutnya, sehingga kini terdapat 683 pesakit menerima rawatan di 13 pusat hemodialisis dan sejumlah pesakit lagi mendapatkan rawatan di 21 pusat dialisis swasta dan enam pusat dialisis lagi oleh badan bukan kerajaan (NGO).

“Memandangkan gaya hidup yang tidak aktif yang semakin meningkat di kalangan masyarakat termasuk di kalangan belia,malah kanak-kanak yang sihat juga mungkin berisiko mendapat penyakit buah pinggang.

“Penyakit buah pinggang menjejaskan berjuta-juta orang di seluruh dunia termasuk kanak-kanak. Tanda-tanda penyakit ini kepada kanak-kanak kebiasaannya tidak spesifik yang membawa maksud bahawa terdapat risiko bahawa masalah buah pinggang mungkin tidak dikesan dalam diri kanak-kanak ini,” katanya.

Selain itu, beliau menjelaskan adalah penting untuk semua pihak menggalakkan pendidikan kesihatan, pengesahan awal dan gaya hidup sihat pada kanak-kanak bermula ketika lahir dan berterusan agar kerosakan buah pinggang boleh dicegah.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Negeri Pahang 2016 di Taman Tasik Bandar Indera Mahkota di sini.


0 comments:

share2