Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 23, 2017

TUKAR KERAJAAN TIDAK SELESAI MASALAH - SALLEH





Gesaan pihak tertentu bahawa menukar kerajaan akan menyelesaikan masalah negara bukan satu saranan bijak, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

“Adakah itu penyelesaiannya atau ini hanya penyelesaian saudagar minyak ular mengenai cara menyembuhkan semua masalah?

“Begitu juga dengan isu-isu yang berkaitan dengan ekonomi. Adakah pengkritik pernah menjelaskan bagaimana menukar kerajaan dapat menjadikan semua rakyat Malaysia kaya?” kata Salleh dalam blognya hari ini.

Sambil menyatakan Malaysia adalah sebahagian daripada ekonomi dunia, beliau berkata apa yang berlaku di luar akan memberi kesan kepada negara ini.

“Ada yang mengadu bahawa Malaysia menjadi terlalu mahal. Sebenarnya ini bukan masalah Malaysia tetapi masalah dunia.

“Apabila orang lain bersin, kita terkena selsema, jadi penukaran kerajaan tidak boleh mengubahnya,” katanya.

Bendahari UMNO itu juga melihat tindakan sama tidak menyelesai masalah perkauman di negara ini.

“Manusia yang mencetuskan masalah perkauman dan keagamaan, jadi jika rakyat mahukan keamanan dan keharmonian, ini tidak akan berlaku walaupun jika kita menukar kerajaan,” kata Salleh lagi.


0 comments:

share2