Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 24, 2017

KERAJAAN PAHANG TIDAK PINGGIR KAWASAN PEMBANGKANG


Tiada emas di kawasan bauksit


Kerajaan Negeri Pahang tidak pernah meminggirkan kawasan pembangkang dalam pelaksanaan projek kesejahteraan rakyat.

Exco Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri Dato' Sri Mohd Soffi Abdul Razak berkata, itu termasuk perancangan jangka masa panjang dan pendek untuk mengatasi masalah banjir kerana kesejahteraan dan kebajikan rakyat merupakan keutamaan kerajaan negeri dan persekutuan.

"Sebahagian besar projek ini dilakukan di Sungai Isap (di kawasan DunTanjung Lumpur - Pas), Sungai Galing bawah siapa? (Dun Semambu PKR) dan Sungai Semantan (Amanah).

"Kerajaan tidak tanya ini kawasan siapa…dalam konteks ini kerajaan ambil pelbagai ikhtiar untuk pastikan rakyat aman dan kita berikhtiar atasi masalah banjir," katanya pada persidangan Dun Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, semalam.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Tengku Zulpuri Shah Raja Puri (DAP-Mentakab) yang ingin tahu tindakan kerajaan untuk mengatasi masalah banjir di Mentakab seperti yang berlaku pada 7 Ogos lalu.

Mohd Soffi berkata, untuk mengatasi masalah itu, kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran untuk rancangan tebatan banjir Sungai Semantan, yang menjadi punca kepada banjir di situ.

"Air dari longkang di Mentakab akan mengalir ke Sungai Semantan sebelum ke Sungai Pahang. Kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan ini yang antaranya akan digunakan untuk melebar dan mendalamkan Sungai Semantan sejauh 5 kilometer (km).

"Ia juga melibatkan kerja landskap sejauh 3 km, membina benteng (5km) dan membina rumah pam serta pintu air yang diharapkan dapat membantu mengatasi masalah banjir," katanya.

Mohd Soffi berkata, projek itu kini dalam kajian dan reka bentuk terperinci serta dijangka pelaksanaan dan kerja fizikalnya boleh bermula pada tahun hadapan.

Sementara itu, Exco Perumahan dan Perbandaran negeri Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan terdapat lima projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang telah diluluskan di Cameron Highlands.

Menjawab soalan Leong Ngah Ngah (DAP-Tanah Rata) yang ingin tahu jumlah projek PR1MA di Cameron Highlands, Wan Rosdy berkata lima projek itu melibatkan 2,152 unit rumah di Brinchang, Ringlet dan Tanah Rata.

"Pembinaan projek PR1MA di Brinchang dijangka akan bermula selepas pertengahan 2018. Setakat ini, terdapat dua projek PR1MA Pahang yang telah siap dibina dan memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) iaitu 840 unit rumah di PR1MA Pahang Tanah Rata dan 308 rumah di Kampung Raja," katanya.


0 comments:

share2