Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 27, 2016

SPIDERMAN JUAL NASI IKAN TONGKOL


Spiderman jual nasi ikan tongkol


Kota Bharu - Lelaki yang menggunakan kostum adiwira Spiderman yang terkenal dengan jualan nasi lemak ‘Abe Spider’ kini meluaskan jualannya dengan nasi lauk ikan ‘aya’ (tongkol) yang turut mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk di negeri ini.

Menurut ‘Abe Spider’ atau nama sebenarnya, Zawawi Ghazali, idea menghasilkan nasi ikan aya itu timbul selepas melihat potensi jualan nasi itu turut menarik permintaan ramai.

“Pada mulanya saya hanya jual nasi lemak ikan bilis yang kini menjadi fenomena di Kelantan selepas saya memperkenalkan watak Spiderman menjual nasi lemak.

“Alhamdulillah kini idea menghasilkan nasi bersama lauk ikan gulai turut menjadi keutamaan selepas ada pelanggan yang minta saya buat kelainan dalam menghasilkan produk jualan nasi terbabit,” katanya.

Zawawi berkata, setakat ini dia mengkomersialkan jualan di sekitar negeri ini dan berharap jualannya akan terus mendapat sokongan pelanggan.

“Biarpun jualan nasi lemak menjadi keutamaan saya, namun saya tidak gentar untuk mencuba sesuatu yang baru untuk terus memajukan diri.

“Insya-ALLAH saya akan menuruskan perniagaan ini ke peringkat yang lebih jauh,” katanya.

Zawawi berkata, sokongan pelanggan amat dihargainya dan menurutnya, tanpa galakan yang diberikan tidak mungkin dia akan sampai sehingga ke tahap sekarang.

“Alhamdulillah kini ramai yang lebih mengenali ‘Abe Spider’ bukan sahaja menjual nasi lemak dan nasi ikan aya, malah turut dipanggil memeriahkan majlis sambutan hari jadi di samping turut dijemput muncul dalam siaran Nasi Lemak Kopi o di stesen TV9, malah turut muncul dalam majalah,” katanya.


0 comments:

share2