KUANTAN - Selangor terus mendahului carta pungutan pingat emas pada hari ini, 10 Julai 2012 sebanyak 27 pingat Emas. Manakala pingat Perak pula, Selangor berjaya mengutip 14 dan Gangsa sebanyak 24.
Pingat Emas Selangor hari ini disumbangkan melalui pertandingan Tenpin Boling Wanita, Petanque Lelaki dan Wanita (Shooting), Perahu Layar Laser Radial, Renang Lelaki 4x100m Gaya Bebas dan 50m Gaya Kuak Dada.
Selain itu, Selangor juga turut merangkul pingat Emas melalui acara Pencak Silat Tempur (Ganda), 10m Air Rifle Wanita, 10m Synchronize Diving Lelaki dan acara Gimnastik Individu Keseluruhan.
Di tangga kedua pula menyaksikan pasukan Terengganu yang berjaya mengatasi Sarawak dengan jumlah kutipan pingat emas sebanyak 16, dua dihadapan Sarawak.
Esok masih banyak lagi acara yang bakal berlangsung disekitar daerah Kuantan, Pekan dan Temerloh bagi temasya Sukan Malaysia 2012 Pahang. Teruskan bersama kami untuk liputan selanjutnya.
0 comments:
Post a Comment