Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 11, 2012

@SukanMsiaXVPhg : Pahang Terengganu Gagal Ke Separuh Akhir


KUANTAN - Saingan suku akhir bagi acara Bolasepak sempena temasya Sukan Malaysia 2012 Pahang telah pun berakhir buat skuad Terengganu dan Pahang semalam.

Terengganu yang turun selaku juara bertahan hanya mampu seri dengan Wilayah Persekutuan 2 - 2 lewat petang semalam. Keputusan penentu dilakukan melalui sepakan penalti selepas tamat masa tambahan.


Wilayah Persekutuan berjaya menyumbat gol sebanyak 5 biji manakala Terengganu 4. Dalam perlawanan lain petang semalam, Sabah dan Perak juga turut melayakkan diri ke saingan Separuh akhir.

Malang bagi pasukan tuan rumah apabila mereka tewas ketika menentang Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur 2-1.


Kekalahan skuad Tok Gajah sedikit sebanyak mengecewakan peluang tuan rumah untuk memperolehi 'Ibu Pingat' seterusnya menafikan mereka peluang untuk ke peringkat seterusnya. 

Jadual perlawanan bagi saingan separuh akhir bolasepak akan dibawakan kemudian.

1 comments:

  • Anonymous says:
    July 11, 2012 at 12:44 PM

    Apa daaa! Buat malu jekk..

share2