Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 29, 2016

KANAK-KANAK MAUT SELEPAS 'ISTANA ANGIN' TERBANG


Kanak-kanak maut selepas 'istana angin' terbang


Essex - Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas 'istana angin' yang menjadi lokasi permainannya diterbangkan angin, semalam.

Menurut laporan CNN, Summer Grant, 7 disahkan meninggal dunia selepas istana angin tersebut jatuh ke tanah selepas diterbangkan beberapa ratus kaki dari lokasi asal.

Seorang wanita berumur 24 tahun dan seorang lelaki berumur 27 tahun kini ditahan polis kerana disyaki membunuh dan kecuaian.

Kedua-dua suspek dibebaskan dengan jaminan polis sehingga siasatan selesai.


0 comments:

share2