Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 19, 2018

[KUANTAN] 'BUKAN NAK BERMUSUH TAPI BERI KESEDARAN'



'Bukan nak bermusuh tapi beri kesedaran'




Kempen kesedaran membanteras lesbian, gay, biseksual dan transgender (LBGT) bukan bertujuan bermusuh dengan mana-mana pihak.

Usaha itu sebenarnya antara langkah proaktif untuk memberi penerangan mengenai bahaya amalan tersebut. 

Mufti Pahang, Dato' Sri Dr Abdul Rahman Othman berkata, kempen Kesedaran Bahaya LGBT juga bertujuan memaklumkan kegiatan songsang yang dilarang oleh ALLAH swt.

"Kita harap golongan ini tidak menuntut apa-apa hak kerana perbuatan itu mampu merosakan peradaban sebagai seorang manusia.

“Kita bukan hendak bermusuh dengan sesiapa tetapi hanya hendak bagi tahu ia dilarang oleh ALLAH. Sesiapa yang terbabit dengan kegiatan itu hendaklah menghentikannya.

“Kita juga meminta mereka menghentikan segala tuntutan kerana kegiatan itu (LGBT) adalah salah di sisi agama dan dikutuk oleh Allah sejak zaman Nabi Luth sehingga menurunkan bala di kawasan masyarakat yang mengamalkannya di Sodom,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Kempen Kesedaran Bahaya LGBT anjuran Persatuan Kebajikan Ukhwah dan Silaturahim Pahang (Ukhwah) di Dataran Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, hari ini.

Hadir sama, Kadi Daerah Kuantan, Abdul Zaki Md Zain dan Presiden Ukhwah, Zulkefkly Senek.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, Jabatan Mufti menyambut baik usaha Ukhwah untuk menjalankan kempen kesedaran berkaitan bahaya LGBT yang dilihat tidak sihat kepada perkembangan negara.


0 comments:

share2