Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 22, 2016

LELAKI LEPASKAN TEMBAKAN RAMBANG, ENAM MAUT


Lelaki lepaskan tembakan rambang, enam maut


Michigan - Sekurang-kurangnya enam maut dalam insiden tembakan rambang di kompleks pangsapuri, pusat pengedaran kereta dan restoran di Kalamazoo, semalam.

Pihak berkuasa mengenalpasti penembak sebagai Jason Dalton, seorang pemandu teksi Uber dan bekas agen insurans berusia 45 tahun yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

Pihak polis masih tidak dapat mengenalpasti motif pembunuhan dan tiada sebarang pertalian yang jelas wujud antara mangsa dan pelaku.

Menurut Polis Kalamazoo, Paul Matyas, siri serangan bermula pada jam 6.00 petang waktu tempatan pada Sabtu di luar kompleks pangsapuri Meadows di pinggir timur Kalamazoo di mana seorang remaja ditembak beberapa kali.

Bagaimanapun, remaja tersebut dilaporkan terselamat.

Empat jam kemudian iaitu kira-kira lima kilometer dari lokasi tembakan pertama, suspek bertindak menembak seorang lelaki bersama anak lelakinya berusia 17 tahun di sebuah pusat pengedaran kereta.

Lima belas minit selepas itu, lima orang ditembak secara rambang di tempat letak kereta di restoran Cracker Barrel dan empat daripadanya maut.

" Ini adalah pembunuhan secara rawak," kata Matyas dipetik AP

Dalton ditahan kira-kira 12.40 pagi Ahad selepas pegawai ternampak kenderaannya memandu melalui pusat bandar Kalamazoo selepas meninggalkan tempat letak kereta, bar, kata pihak berkuasa.

Matyas enggan mendedahkan apa-apa yang dijumpai di dalam kenderaan kecuali pistol separa automatik.

Empat orang yang terbunuh di luar restoran dikenal pasti sebagai Mary Lou Nye, 62, Mary Jo Nye, 60, Barbara Hawthorne, 68, dan Dorothy Brown, 74.

Manakala, kedua-dua mangsa terbunuh di pusat pengedaran kereta telah dikenal pasti sebagai Tyler Smith dan bapanya, Richard, 53.

Seorang gadis berusia 14 tahun cedera di restoran dimasukkan ke hospital dalam berada keadaan kritikal.


0 comments:

share2