Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 21, 2016

GARA-GARA MUAT NAIK STERENG KERETA MEWAH


Gara-gara muat naik gambar stereng kereta mewah


Shah Alam - Gara-gara bertanyakan soalan sambil menunjukkan resit dan menampakkan stereng kereta mewah yang digunakan, seorang pelayar menjadi bahan usikan netizen.

Dalam posting yang mula viral sejak Jumaat, seorang lelaki memuat naik satu resit sebuah pasar raya dengan menampakkan stereng kereta mewah untuk bertanyakan sama ada dia boleh menukar barangan yang tersilap dibelinya.

"Salam, nak tanya warga Kuantan, kalau tersalah beli barang dekat xxx, boleh tukar balik tak," tulis pelayar itu.

Bagaimanapun, tindakan pelayar itu kemudiannya menjadi bahan usikan netizen yang seolah-olah menyindir dengan turut sama memuat naik gambar stereng kenderaan masing-masing.

"Awak orang dah habis ke tukar barang kat xxx?? Koi (saya) baru nak pergi. Moh (mari) pergi sekali," tulis seorang pelayar sambil memuat naik gambar stereng sebuah kereta mewah jenama Bentley.

"Sempat tak lagi nak pergi xxx? Nak tukar barang yang silap beli," tulis seorang lagi pelayar yang memuat naik gambar stereng kereta Lamborghini dan jam tangan jenama Rolex.

Malah ada netizen turut hanya memuat naik gambar stereng kereta jenis Ferrari yang dilukis di atas sebuah kertas.

"La ni musim orang muat naik gambar stereng kereta nak tukar barang di xxx, Koi (saya) tak ada apa-apa cuma boleh lukis.

Posting itu dipercayai dimuat naik di sebuah laman Facebook penduduk Kuantan.


0 comments:

share2