Kuala Lumpur - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya memberi reaksi tubuh ketika ditanya mengenai statusnya dalam Umno ketika hadir di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015, semalam.
Beliau enggan menjawab sebarang pertanyaan pihak media, ketika melalui pintu di Dewan Tun Razak.
Soalan yang diajukan pihak media adalah tentang adakah beliau akan dipecat dan sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap parti.
Namun, Muhyiddin memberi isyarat angguk bagi soalan adakah beliau masih kekal sebagai timbalan presiden.
Beliau sebelum itu hadir secara mengejut di persidangan ketiga-tiga sayap parti.
Dalam pada itu, suasana agak kelam kabut, kerana pengamal media terpaksa bersesak-sesak untuk mendapatkan respons Muhyiddin.
Namun, keadaan kembali tenang selepas Muhyiddin dan isteri menaiki keretanya.
0 comments:
Post a Comment