Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 10, 2015

#PAU2015: JANGAN SAMPAI PRESIDEN DAN TIMBALAN BERCERAI


Jangan sampai presiden dan timbalan bercerai


Kuala Lumpur - Pemuda Umno mahu melihat Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus bersama berjuang dalam Umno.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, Najib dan Muhyiddin ibarat ibu dan bapa kepada semua sayap parti.

"Pemimpin nombor satu dan dua perlu berjalan seiring dan sentiasa bersatu. Pemuda sayang pemimpin-pemimpin dan sentiasa menyokong mereka.

"Kami ibarat anak-anak yang tidak mahu melihat ibu bapa bergaduh kerana akhirnya anak-anak tidak akan balik rumah kerana tidak tahan mereka bergaduh,"katanya dalam ucapan penggulungan Ketua Pemuda Umno, semalam.

Menurutnya, Pemuda Umno menuntut Najib dan Muhyiddin kembali dalam khemah besar Umno dan segera mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang sedang berlaku.


0 comments:

share2