Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 3, 2015

[KUANTAN] OPS WARAN TANGKAP BURU 8 PESALAH


Ops Waran Tangkap buru 8 pesalah


Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memburu lapan pesalah yang mempunyai kes waran tangkap membabitkan pelbagai kesalahan.

Pegawai Perhubungan Awam MPK, Nurul Sulaiman berkata, Ops Waran Tangkap dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu sebagai tindakan terakhir bagi menangani pesalah berdegil.

“Jumlah kompaun paling tinggi adalah sebanyak RM1,800 melibatkan 39 kompaun oleh seorang pesalah atas kesalahan meletakkan kenderaan di luar petak.

“Kesemua kompaun dalam operasi kali ini adalah sebanyak 106 dengan nilai keseluruhan RM4,870,” katanya.

Nurul berkata, semua pesalah diminta menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan atau Jabatan Perundangan dan Pendakwaan MPK bagi penyelesaian kes.

“Ketika operasi dijalankan, pihak kami berdepan dengan beberapa kesulitan apabila pesalah tiada di rumah. Bagaimanapun ia akan diteruskan sehingga kesemua pesalah ditahan,” katanya.

Antara kesalahan lain adalah berniaga tanpa lesen dan tidak menjalani pemeriksaan kesihatan.


0 comments:

share2