Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 26, 2015

TIADA DNA KHINZIR DALAM VAKSIN


Tiada DNA khinzir dalam vaksin


Kuala Lumpur - Orang ramai tidak perlu khuatir kerana tiada vaksin yang diberikan kepada bayi baharu lahir mengandungi sebarang asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap sampel vaksin bagi memastikan tiada sampel yang mengandungi DNA haiwan itu.

"Kita periksa semua sekali vaksin yang diberikan oleh KKM dan memang tak ada langsung DNA khinzir, kita pun faham dan saya tahu tidak boleh bagi, mungkin timbul masalah apabila masyarakat terbaca buku oleh Jerry D Gray, seorang mualaf dan bekas tentera yang menulis tentang perkara ini," katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini. 

Beliau menjawab soalan Dr. Che Rosli bin Che Mat (Pas-Hulu Langat) yang meminta Menteri Kesihatan menyatakan adakah benar wujud Gerakan Antivaksin serta hujah mereka dan sejauh mana kebenaran ibu bapa muda yang menolak pemberian vaksin kepada anak mereka sejak bayi.

Beliau berkata, antara hujah Gerakan Antivaksin yang wujud di media sosial adalah berhubung status halal sesuatu vaksin bagi orang beragama Islam serta program imunisasi bertujuan melemahkan umat Islam dengan mengandungi bahan haram; amalan perubatan homeopati dan tradisional yang dipercayai lebih selamat dan berkesan dan vaksin yang mengandungi bahan berbahaya dan boleh mengancam kesihata dan nyawa.

"Gerakan ini juga menyuarakan kerisauan mereka terhadap kesan sampingan vaksin, dan menyatakan tiada lagi penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui vaksinasi serta pengaruh sosial media tentang keburukan vaksin," katanya.

0 comments:

share2