Misi menaikkan kain rentang ucapan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke puncak Gunung Tahan disusuli laungan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tujuh kali berjaya disempurnakan RBO Team Adventure & Hiking yang disertai 10 peserta dari daerah Pekan, Kuantan, Maran, Bentong, Jerantut dan Kuala Lipis.
Ekspedisi selama empat hari membabitkan jarak keseluruhan sejauh 89.8 kilometer pergi dan balik melalui Merapoh itu turut disertai dua peserta veteran berumur 48 tahun, Koperal Ariffin Zakaria dan Rahim Othaman, 55.
Pelbagai cabaran menguji ketahanan fizikal, mental dan emosi ditempuh dalam menjayakan misi ke puncak tertinggi Semenanjung Malaysia pada ketinggian 2,187 meter dari aras laut bersempena Ulang Tahun Baginda Sultan hari ini.
0 comments:
Post a Comment