Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, September 4, 2015

DOLLAH SALLEH LETAK JAWATAN?


Dollah Salleh


Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Dollah Salleh, dikhabarkan menyatakan keinginan meletak jawatan selepas skuad kendaliannya itu diaibkan selepas kalah 10-0 ketika menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi ketiga pusingan kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi, malam tadi.

Memetik laporan stadiumastro.com, keputusan rasmi dijangka akan diumumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Dato’ Hamidin Mohd. Amin lewat petang ini.

Datuk Ong Kim Swee turut dikhabarkan akan mengambil alih skuad kebangsaan sebagai ketua jurulatih sementara.

Sementara itu, memetik laporan di laman web rasmi FAM, ketika ditanya mengenai keputusan meletak jawatan, Dollah berkata "Saya tak tahu tetapi mungkin juga. Apa pun tunggu dan lihat dalam tempoh dua atau tiga hari ini." kata Dollah pada sidang media selepas perlawanan.

Kekalahan tersebut menyaksikan Malaysia yang berada pada ranking ke-168 dunia, kekal menghuni tangga tercorot Kumpulan A selepas kalah 6-0 kepada Palestin dan seri tanpa jaringan menentang Timor Leste pada dua aksi terdahulu.

UAE nyata mendominasi perlawanan pada babak pertama menerusi ledakan tujuh gol.Kedudukan 7-0 itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama.

‎Sementara itu, Malaysia dijadualkan menentang Arab Saudi pada aksi keempat kumpulan A di Stadium Shah Alam pada 8 September ini.

0 comments:

share2