Shah Alam - Tuntutan membatalkan keputusan pilihan raya umum perlu ada bukti kukuh dan tidak boleh dibuat hanya bersandar spekulasi.
Jika tidak, usaha itu akan jadi sia-sia kerana akan ditolak mahkamah jika tidak disertakan bukti mencukupi, kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood ketika ditanya mengenai saman sivil yang dirancang akan difailkan di mahkamah oleh PKR bertujuan menuntut pembatalan keputusan PRU13.
Pembangkang mengaitkan isu spekulasi transaksi wang AS$700 juta (RM2.6 bilion) daripada akaun syarikat yang ada kaitan dengan 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai asas tuntutan itu kerana wang itu dikatakan digunakan sebagai biaya kempen pilihan raya oleh BN.
Sebelum ini, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengumumkan parti itu akan memfailkan saman sivil bagi membatalkan kemenangan BN pada PRU13 atas alasan, dana yang digunakan untuk kempen parti pemerintah melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang.
Katanya, jumlah maksimum yang boleh dibelanjakan untuk kempen pilihan raya setiap calon ialah RM200,000 (Parlimen) dan RM100,000 (Dun) sepertimana yang diperincikan di bawah Seksyen 19, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
0 comments:
Post a Comment