Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 11, 2015

PENGUNJUNG TERUJA JUMPA KJ


Pengunjung teruja jumpa KJ


Kuala Nerus – Suasana di Tapak Bazar Ramadan Gong Badak yang sememangnya sibuk dengan aktiviti jual beli bertambah meriah dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di situ, kelmarin.

Khairy meluangkan masa hampir setengah jam melawat kawasan bazar sambil beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai, malah pengunjung bazar berkenaan tidak melepaskan peluang untuk merakamkan foto kenangan.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno turut bersama-sama ahli kelab motosikal klasik berkonvoi ke Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak untuk menyertai Majlis Iftar Jamaei Orang Muda.

Pengunjung bazar Ramadan, Zulaikha Salleh, 24, mengakui tidak menyangka dapat bertemu secara langsung dengan Khairy Jamaluddin yang dianggap sebagai mudah didekati.

"Beliau seorang menteri muda yang saya kagumi. Saya harap lebih ramai pemimpin ambil pendekatan seperti beliau, turun padang bertemu rakyat serta bersikap lebih mesra dan menghargai rakyat yang menyokong mereka," katanya.

Dalam pada itu, Khairy memuji golongan muda yang tidak melepaskan peluang berniaga sempena Ramadan sekali gus menjana pendapatan tambahan bagi menampung perbelanjaan pada hari raya nanti.

0 comments:

share2