Sesuatu yang tidak dijangka apabila seorang lelaki meninggalkan sekeping nota bertulis di cermin hadapan kereta beliau berharap agar pihak berkuasa tidak menyaman beliau atas kesalahan yang telah dilakukan.
Dalam nota berkenaan beliau menjelaskan beliau tidak tahan untuk ke tandas oleh sebab itu beliau terpaksa meletakkan kenderaan di bahu jalan di hadapan sebuah pusat membeli belah yang sememangnya kawasan larangan untuk meletakkan kenderaan.
Kejadian tersebut telah menjadi viral sejak semalam apabila pihak polis sentral Kuching memuat naik gambar nota itu ke dalam laman page mereka dan mengatakan "ini alasan one off, kali ini sahaja"
Kebanyakkan netizen menganggap tindakan berani lelaki tersebut sesuatu yang agak melucukan.
Walaubagaimanapun anda dilarang untuk meniru idea sebegini kerana nasib tidak selalu menyebelahi kita.
Keadaan ini mungkin tidak menjadi masalah jika dibaca oleh pihak berkuasa tetapi jika dibaca oleh seseorang yang berniat jahat, lokasi anda mungkin telah dikenalpasti dan kenderaan anda berada dalam keadaan merbahaya.
0 comments:
Post a Comment