Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 22, 2015

PESAWAT SINGAPORE AIRLINES MENDARAT CEMAS DI KLIA


Singapore Airlines


Putrajaya - Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) 425 melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang dipercayai mengalami masalah teknikal.

Jurucakap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata pesawat jenis Boeing 777-200 yang berlepas dari Mumbai, India pada 8.44 pagi dan dijangka tiba di Singapura pada 4.44 petang, melakukan pendaratan cemas di KLIA pada 4.05 petang semalam. 

"Pesawat mendarat dengan selamat dan semua penumpang serta anak kapal dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan.

1 comments:

  • zool says:
    June 22, 2015 at 9:47 AM

    Admin tumpang sekejap yer...
    Mana -mana individu yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang dalam program 'Furniture Design' boleh hubungi sms/wassup di 0148004302 -mohd, Yuran semester yang murah dan dapat elaun(bukan pinjaman) lagi
    elaun : rm1200/sem
    yuran : rm200/sem
    https://www.facebook.com/PerabotKKtemerloh

share2