Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 22, 2015

MASYUK! PAK YA JUAL 11,000 POPIA SETIA HARI




Bagi pengunjung Bazar Ramadhan Desa Pandan pula, gerai popia “Pak Ya Popia Power” semestinya sudah tidak asing lagi buat mereka.

Mana taknya, setiap hari gerai itu pasti akan penuhi dengan orang ramai yang beratur tidak putus-putus untuk mendapatkan popia istimewa itu.

Popia yang juga diberi jolokan “Popia Giant” itu diusahakan oleh pasangan suami isteri, Yahya Ibrahim, 67 dan Norimah Abd Wahab dikatakan mampu menjual sehingga 11,000 popia setiap hari.

Gerai “Pak Ya Popia Power” hanya menjual tiga jenis popia iaitu, popia madu, popia goreng dan popia basah.

pak ya
popia2


Menurut Yahya, dia dan isteri akan menyediakan bahan bagi membuat popia seawal jam 7.30 pagi dan dibantu oleh enam kakitangan.

Memetik laporan dari myMetro, Yahya juga berkata biarpun popianya sedikit mahal, orang ramai tidak merungut tentang itu.

“Biarpun dijual pada harga RM1 bagi satu, kami tidak menerima sebarang rungutan daripada pelanggan berikutan saiznya yang besar dan tidak boleh didapati di tempat lain,”katanya.

0 comments:

share2