Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 25, 2015

KEMENTERIAN PERTANIAN TIDAK TERLIBAT TANAM POKOK GAHARU

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan pokok gaharu merupakan satu industri kayu di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC). – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Jun, 2015.


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini menafikan kementerian itu termasuk jabatan dan agensi di bawahnya terlibat dalam program usaha sama berkaitan penanaman pokok gaharu seperti yang diuar-uarkan oleh Syarikat Senama Agro International Sdn Bhd.

Penafian itu dibuat Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan hari ini susulan daripada pelbagai pertanyaan dan aduan yang diterima mendakwa kementerian/jabatan/agensi terlibat secara langsung dalam program penanaman pokok gaharu melalui pelaburan perniagaan yang ditawarkan oleh Syarikat Senama Agro International itu.

"Pihak kementerian termasuk jabatan atau agensi tidak pernah terlibat atau menjalinkan kerjasama perniagaan/latihan/kursus dan sebagainya dalam penanaman pokok gaharu memandangkan ini bukanlah di bawah bidang kuasa kementerian ini," katanya dalam kenyataan itu.

Ismail Sabri menjelaskan pokok gaharu merupakan satu industri kayu di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC).

Beliau menasihatkan orang ramai terutamanya yang ingin menceburi bidang pertanian agar tidak terpedaya dengan tawaran pelaburan yang dibuat serta berhati-hati sebelum membuat apa-apa perjanjian bagi mengelakkan berlakunya penipuan.

Orang ramai juga digesa mendapatkan nasihat dan maklumat daripada agensi yang berkaitan, menyelidik latar belakang perniagaan dan syarikat tersebut serta membuat semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, katanya.




0 comments:

share2