Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 25, 2015

10 KEPERCAYAAN KARUT MASYARAKAT DUNIA



RAKYAT Malaysia pastinya mengetahui yang kaum Cina mempunyai ketakutan mereka yang tersendiri dengan angka 4.

Kalau boleh mereka nak elakkan daripada dikaitkan dengan nombor empat atau disebut ‘si’ yang mempunyai sebutan sama seperti perkataan mati dalam bahasa Mandarin.

Mereka seboleh mungkin mengelak daripada menggunakan nombor 4 dalam hidup mereka contohnya dalam penggunaan nombor plat kenderaan, alamat rumah, lif dan ada ibu-ibu yang berharap mereka tidak melahirkan anak pada tanggal empat haribulan.

Selain itu, ada lagi kepercayaan yang boleh kata mengarut tapi mungkin disebabkan sudah diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain maka ianya menjadi pantang larang bagi sesetengah mereka untuk diikuti.

Antaranya, penduduk di Itali mempunyai pantang larang iaitu mereka tidak dibenarkan berenang selepas makan. Ini kerana mereka percaya seseorang itu akan menemui ajal sekiranya terus berenang dan berendam dalam air beberapa jam selepas perut penuh.

Malah disebabkan kepercayaan itu, penduduk Itali juga takut untuk mandi sejurus selepas menjamah makanan.

Negara Korea lain pula amalan mereka iaitu mereka tidak boleh tidur dengan kipas terbuka.

Dalam erti kata lain, tidur dengan kipas terbuka boleh membuatkan mereka mati dimakan oleh ‘hantu kipas’.

Namun yang sebenarnya, cerita itu ditimbulkan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk menggesa penduduknya agara sentiasa berjimat cermat dalam penggunaan tenaga elektrik.

Penduduk di Romania pula percaya jika melayan dan mendera binatang, anak mereka akan dilahirkan dalam keadaan tubuh badan yang penuh berbulu dan menyerupai binatang yang didera oleh mereka.

Sementara di London, mereka mengelak daripada makan daun salad kerana percaya makanan itu boleh menyebabkan mereka menjadi mandul.

Nak tahu apa lagi kepercayaan ‘karut’ lain, jom semak video ni!




0 comments:

share2