Aduan pengguna mengenai ketidakpuasan hati dengan pelaksanaan cukai GST perlu disalurkan kepada pihak yang betul dan bukan sekadar merungut dalam laman sosial. Pengerusi Gerakan Pengguna Daerah Bera, Md Shabudin Wok berkata, setakat ini, pihaknya masih belum menerima sebarang aduan sementara pihak PDNKK baru menerima empat aduan selepas dua minggu cukai itu dilaksanakan.
Menurutnya, sekiranya pengguna keliru dengan perkara ini, mereka perlu tampil dengan resit sebagai bukti pembelian supaya tindakan dapat diambil.
“Kita bekerjasama dengan KPDNKK untuk membantu mengatasi kekeliruan yang berlaku, dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang mengenakan harga melampau.
“Malah, dalam beberapa pemeriksaan bersama, ada juga peniaga yang mengeluarkan promosi diskaun dengan tanda harga yang mengelirukan pengguna,” katanya.
Katanya, dalam hal ini, pengguna juga harus bijak untuk memilih pasar raya atau kedai menawarkan harga yang berpatutan dan munasabah.
Md Shabudin berkata, sekiranya pengguna memanfaatkan peranan mereka dengan baik masalah kenaikan harga yang melampau ini dapat diatasi.
“Selain pengguna yang perlu sentiasa beringat untuk bijak membuat pilihan sebelum membeli, mereka perlu meneliti resit pembelian supaya tiada penipuan berlaku.
Dalam pada masa sama, peniaga juga harus sedar, tindakan mereka menaikkan harga atau mempamerkan tanda harga yang mengelirukan boleh menyebabkan mereka kehilangan pengguna,” katanya.
Menurutnya, kuasa membeli adalah di tangan pengguna dan mereka yang menentukan kenaikan atau penurunan harga sesuatu barang itu.

0 comments:
Post a Comment