Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 16, 2015

TEMERLOH: FELDA RUNDING BANTU GENERASI BAHARU MILIKI RUMAH


Felda


Pihak Felda masih berunding dengan kerajaan negeri bagi membolehkan generasi baharu Felda memiliki kediaman sendiri tanpa membebankan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Negeri, Datuk Abu Bakar Harun berkata, antaranya mungkin menjadikan ibu bapa sebagai penjamin utama kepada anak-anak peneroka yang ingin membeli rumah Projek Genarasi Baru Felda (PGBF) itu.

Langkah itu turut membabitkan individu yang tiada slip gaji kerana mengikut prosedur biasa hanya mereka yang mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji sahaja dipertimbangkan untuk membeli rumah PGBF.

"Kerajaan masih belum menetapkan harga rumah yang dibina dan masih membuat kajian sebelum harga diputuskan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Abu Bakar berkata, lebih 4,000 unit rumah PGBF telah siap dibina di beberapa buah tanah rancangan Felda di Pahang setakat ini.

Menurutnya, Felda akan terus membina rumah rumah PGBF selaras dengan sasaran untuk membina 20,000 unit rumah seumpama itu di seluruh negara.

"Kerajaan negeri dan Felda komited membina lebih banyak rumah kediaman bagi golongan genarasi baru (belia) di negeri ini sejajar dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya genarasi baru Felda dapat memiliki kediaman sendiri," katanya. 

Beliau berkata, pelbagai usaha dan pembangunan dijalankan Felda bagi melahirkan generasi baharu yang berpendidikan tinggi, berkemahiran, berilmu, bijaksana dan bersyukur.

"Felda turut memastikan pengangguran sifar di tanah rancangannya dengan mewujudkan program kerjaya di sektor ladang (Kesidang) di rancangan tempat kelahiran mereka.

Program kerjasama MBFM dengan Felda Technoplant itu menawarkan pekerjaan di ladang yang membolehkan mereka akan mendapat gaji minimun RM1,000 sebulan dengan pelbagai insentif menarik", katanya.

Adun Chini itu selanjutnya berkata, Kesidang berjaya mengurangkan kebergantungan Felda kepada buruh asing seperti Bangladesh, Nepal dan Indonesia, selain mengurangkan pengaliran wang keluar negara.

0 comments:

share2