Kebelakangan ini Tok Awang risau tentang masa depan UMNO sebagai sebuah parti politik yang mewakili orang Melayu. Banyak yang menimbulkan kerisauan Tok Awang. Dalam keadaan sokongan orang Melayu kepada UMNO semakin merosot, pendukung UMNO sendiri membuatkan umum makin tidak percaya kepada keutuhannya untuk menghadapi masa depan yang makin mencabar.
Dato' Seri Najib sebagai pemimpin tertinggi bukan sahaja diserang oleh pembangkang serta penyokongnya, bahkan beliau juga diserang oleh ahli parti sendiri, oleh tokoh UMNO sendiri yang telah lama memimpin parti keramat itu.
Tun Dr. Mahathir yang dengan mewakili UMNO telah menempatkan dirinya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun. Satu jangka masa terpanjang dikalangan Perdana Menteri-Perdana Menteri Malaysia. Tentulah beliau sudah banyak memberikan jasa kepada negara dalam masa pentadbirannya yang panjang itu. Kita hargai sehalanya dan kita kenang selamanya. Namun kini biarlah Dato' Seri Najib melakukannya mengikut acuan sendiri.
Banyak pihak mempersoalkan campur-tangan dan kritikan-kritikan Tun Dr. Mahathir yang dianggap keterlaluan. Banyak pihak juga mengkritik Dato' Seri Najib kerana masih mendiamkan diri. Tindakan Tun Dr. Mahathir mengkritik keras secara terbuka juga dilihat sebagai merosakkan parti.
Apakah sebenarnya yang Tun Dr. Mahathir nak? Apakah beliau masih nak menentukan arah tuju negara menurut katanya? Beliau meninggalkan kepimpinan negara ketika masih ramai yang merasakan sumbangannya masih diperlukan, namun untuk kembali semula dan menentukan arahtuju negara menurut katanya adalah juga tidak wajar.
Kita tidak nampak Tun Dr. Mahathir dilayan buruk oleh Dato' Seri Najib selama ini. Bahkan segala komen dan tohmahan terbuka beliaupun didiamkan oleh Dato' Seri Najib kerana tidak ingin mengeruhkan keadaan. Namun bersabar juga ada hadnya. Mungkin sudah tiba atau sudah hampir tiba masanya untuk Dato' Seri Najib pertahankan diri bahkan menyerang balas.
Tun Dr' Mahathir juga bukan maksum dan bukan tidak pernah melakukan tindakan yang tidak popular dan dianggap salah, banyak isu-isu yang masih belum terjawab atau yang masih terembunyi dicelah 'carpet' yang boleh dibuka semula untuk dijadikan senjata.
Tok Awang sayang dan hormati Tun Dr. Mahathir. Tok Awang adalah diantara yang menitiskan airmata ketika Tun umumkan persaraannya. Namun dalam keadaan sekarang ini Tok Awang akan tetap berdiri dibelakang Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Mungkin elok saja Tun turun berkebun bersama Tok Awang untuk hilangkan rasa runsing beliau serta untuk tenangkan hatinya yang gundah gulana.
Kita mampu mengubah hidup kita sendiri namun kita tidak mampu mengubah kehidupan keseluruhannya menurut kata hati kita. Tun Dr, Mahathir sudah patut berhenti dari mengkritik Dato' Seri Najib secara terbuka walau dengan apa alasanya sekalipun. Jika sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Dato' Seri Najib sentiasa menyokong beliau kenapa tidak beliau pula memberi sokongan kepada Dato' Seri Najib? Apa sebenarnya ada didalam hati Tun?
Tok Awang Selampit.

TDM nak anaknya menjadi PM secara expres. Buta lagi ke?
Tak percaya, pi tanya Datk K, suami Siti.