Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 4, 2015

BENTONG : MEDIA PAHANG TAWAN PUNCAK GUNUNG RAJAH

Puncak Gunung Rajah ditawan



Kumpulan pendaki pengamal media Pahang berjaya menawan puncak Gunung Rajah yang merupakan antara lima gunung ditakrif paling sukar didaki di negara ini.

Pendakian hampir sembilan jam melibatkan 45 peserta itu turut disertai wakil Pejabat Tengku Mahkota Pahang, Rahim Othman dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Datuk Dr Rosli Mohd Yunus serta isteri.

Turut sama, kakitangan UMP, Pejabat Ahli Parlimen Paya Besar, Jabatan Penerangan Pahang dan Kelab Adventure Media Prima diiringi lapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang.

Membanggakan apabila enam peserta veteran iaitu Presiden Kelab Media Pahang, Nik Naizi Husin, 56, Abdul Rizal Abdul Razak (RTM), 56, Rahim (Pejabat Tengku Mahkota Pahang), 54, Bazaai Ahmad (TV3), 54, Rosli (UMP), 52, dan Zakaria Hashim (TV3), 51, menyahut cabaran ekspedisi sejauh 34.2 kilometer itu.

Ketua ekspedisi, Fazli Ahmad berkata, aktiviti tersebut bertujuan membina kerjasama kalangan media dan agensi kerajaan yang menjadi sebahagian daripada pengamal media.

Menurutnya, misi menawan puncak Gunung Rajah dengan ketinggian 1,684 meter (5,526 kaki) adalah persiapan peserta media Pahang untuk program mendaki Gunung Kerinci, Indonesia pada Jun depan.

“Peserta mengharungi laluan hutan dan cerun 80° dengan berpaut pada akar termasuk menguji kemampuan mendaki dinding berbatu.

“Selain latihan fizikal dan mental, misi ini berjaya membentuk semangat kerjasama memperkukuhkan hubungan erat antara media dan agensi terlibat sekali gus membantu mempromosikan Gunung Rajah sebagai lokasi sukan lasak mendaki gunung yang mempunyai laluan mencabar di negeri Pahang,” katanya.



0 comments:

share2