Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 4, 2015

KUANTAN : PKZ PAHANG PERKENAL APLIKASI KUTIPAN ZAKAT



Bagi memudahkan orang ramai di negeri ini membuat pembayaran zakat, Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang mengambil inisiatif memperkenalkan aplikasi baharu, e-Zakatpahang, dalam usaha memberi perkhidmatan lebih cepat, lancar dan tepat.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, selain mampu mengurangkan kos dan menjimatkan masa PKZ, aplikasi web itu dapat meningkatkan lagi bilangan pembayar sedia ada.

"Sebelum ini, setiap tahun PKZ perlu mencetak semua resit atau penyata bayaran zakat pembayar potongan gaji secara manual dan menghantar melalui pos.

"Dengan adanya aplikasi e-Zakatpahang ini, PKZ tidak perlu lagi melakukan penghantaran berkenaan kerana ia bleh diperoleh melalui aplikasi itu pada bila-bila masa," katanya kepada pemberita selepas pelancaran aplikasi e-Zakatpahang di sini, hari ini.

Selain itu, orang ramai boleh melaporkan kepada PKZ mengenai individu miskin yang difikirkan layak menerima bantuan zakat. 

Maklumat yang diterima melalui e-Zakatpahang itu akan disalurkan kepada MUIP bagi membuat tinjauan atau siasatan untuk menentukan jenis bantuan zakat yang boleh disalurkan.

Wan Abdul Wahid berkatam menerusi aplikasi baharu itu, PKZ Pahang dapat meningkatkan kutipan dan mencapai sasaran zakat harta kepada RM110 juta tahun ini.

Sebelum ini, bayaran zakat yang dikutip tahun lepas menyusut kepada RM102.6 juta berbanding RM109.2 juta pada 2013 namun bilangan pembayar meningkat daripada 71,221 orang kepada 74,213 orang tahun lepas. - Bernama



0 comments:

share2