Putrajaya - Kerajaan akan mengagihkan bantuan wang ihsan sebanyak RM500 kepada mangsa banjir yang belum menerima bantuan tersebut selewat-lewatnya minggu pertama bulan hadapan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebanyak 77,000 lagi mangsa banjir terutama di Kelantan masih belum menerima bantuan tersebut.
“Sebanyak 33,000 mangsa yang layak sudah menerimanya dan bakinya akan dapat diselesaikan awal bulan Mac ini,” katanya dalam sidang akhbar mesyuarat khas pelan tindakan mangsa banjir bilangan dua di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, kerajaan juga akan mengkaji kemungkinan menubuhkan sebuah agensi khusus bagi menguruskan bencana alam secara lebih berkesan.
0 comments:
Post a Comment