Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 23, 2018

[KUANTAN] PROJEK PERTANIAN DI PUSAT PEMULIHAN PEMASYARAKATAN



Projek pertanian



Pejabat Pertanian Daerah menjalinkan kerjasama melalui program NBOS dengan Jabatan Penjara dan Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) melaksanakan projek pertanian seluas 2.4 hektar di Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Batu 10.

Program itu menempatkan banduan (ODS) yang mengikuti Program Pemulihan Pemasyaraka–tan sebagai persediaan awal kepada mereka untuk pengintegrasian dan penyesuaian semula mereka ke dalam komuniti sebelum dibebaskan.

Pegawai Pertanian Daerah, Amir Dzulfadli Samad berkata, projek membabitkan 200 penghuni penjara itu sebagai latihan kepada mereka sepanjang menjalani hukuman.

Menurutnya, penghuni penjara mendapat latihan daripada Pejabat Pertanian daerah sebelum memulakan projek.

“Antara tanaman yang diusahakan adalah cili, terung, timun, memproses mi kuning dan membuat sos cili.

“Semua itu dijalankan oleh penghuni penjara selepas mendapat bimbingan daripada agensi terlibat,” katanya.

Amir Dzulfadli berkata, penghuni di pusat itu juga turut menanam pelbagai jenis pokok buah-buahan seperti betik dan jagung manakala pihaknya membantu dalam konteks penggunaan baja dan khidmat nasihat.

Katanya, hasil diperoleh hanya mampu memenuhi keperluan di dalam kawasan kem Batu 10 sahaja buat masa ini.

“Tanaman yang diusahakan mengeluarkan hasil yang memuaskan apatah lagi ia diusahakan penghuni yang bakal dibebaskan.

“Kita berharap melalui program ini dapat memberikan mereka satu alternatif selepas dibebaskan untuk menjana pendapatan sendiri,” katanya.


0 comments:

share2