Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 27, 2015

POLIS TIDAK BENARKAN PERHIMPUNAN #KITALAWAN




Kuala Lumpur: Polis tidak memberi kebenaran kepada penganjur perhimpunan #KitaLawan anjuran pembangkang untuk berhimpun di hadapan pusat beli-belah Sogo dijadual pada esok dan 7 Mac ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihaknya pagi tadi sudah mengadakan pertemuan dengan pihak penganjur diketuai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pertemuan itu antara lain katanya adalah bagi memaklumkan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk berhimpun di pekarangan pusat beli-belah berkenaan.

Beliau juga berkata, keputusan sama turut dibuat pihak pengurusan pusat beli-belah terbabit, malah laporan polis berkaitannya juga sudah dibuat.

"Tujuan perjumpaan adalah untuk memaklumkan bahawa mereka tidak dibenarkan mengadakan perhimpunan di hadapan Sogo pada esok dan 7 Mac depan.

"Pihak Sogo juga tidak memberi kebenaran mengadakan perhimpunan di kawasan premis mereka dan laporan polis juga telah dibuat berkaitan isu ini," katanya.

Bagaimanapun, pihaknya telah mencadangkan beberapa kawasan kepada mereka untuk mengadakan perhimpunan dan bersedia membantu bagi memudahkan mereka.

Himpunan #KitaLawan yang dianjurkan pembangkang diadakan antara lain bertujuan menuntut supaya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dihukum penjara lima tahun berkaitan kes liwatnya dibebaskan.

0 comments:

share2