Penduduk sekitar bandar Jerantut terpaksa mencari sumber air bukit sebagai alternatif kerana bekalan air paip tèrputus sejak hampir seminggu lalu.
Ada antara mereka datang dengan lori atau kenderaan pacuan 4 roda dan lengkap dengan tong besar serta pam air.
Pemandangan kenderaan berhenti dipinggir jalan dilereng-lereng bukit untuk mandi dan mengambil air sudah jadi pandangan biasa disekitar Jerantut.
Selain itu, sungai serta air terjun juga turut jadi tempat mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan harian.
0 comments:
Post a Comment