Infografik yang tersebar meluas di laman facebook dan whatsapp
berkaitan banjir dan penerokaan hutan Kelantan
Minggu lalu Tok Awang menulis tentang bencana banjir dan kesannya akibat pembalakan yang berleluasa serta tanpa kawalan. (Bencana Banjir -Mencari Ikthibar Dari Kemusnahan)
Tulisan itu bukan Tok tujukan kepada orang-orang tertentu, ianya adalah secara umum.. kepada semua orang yang mengongsi bumi manusia ini.
Kesan penerokaan tanpa kawalan sudah kita lihat di Lembah Bertam, Cameron Highland dimana banjir lumpur berlaku dan memusnahkan harta benda serta meragut banyak nyawa,
Terkini, di Kelantan, kesannya dapat dilihat dengan jelas. Benar, punca banji besar di kelantan adalah akibat hujan yang turun luar biasa banyaknya namun jangan pula kita nafikan bahawa sebahagian dari penyebabnya adalah kerana penerokaan hutan berskala besar yang tanpa kawalan yang berlaku di Loging dan kawasan berhampiran Taman Negara di Kuala Koh.
Hutan digondolkan dalam skala besar. Ini menghilangkan daya serap air hujan kedalam tanah yang ditawarkan oleh hutan secara semulajadi. Itu membuatkan air hujan tidak lagi tersimpan didalam bumi sebnaliknya terus mengalir kedalam sungai dan mengakibatkan banjir kilat dan banjir besar berlaku.
Bahkan lebih mengecewakan rakyat Kelantan adalah potongan-potongan balak berkenaan hanyut dan terkandas dihadapan rumah mereka seolah-olah inilah hadiah dari kerajaan Kelantan kepada mereka selaku rakyat yang kebanyakannya menyokong dan mengundi kerajaan negeri.
Dimaklumkan juga bahawa konsesi balak yang luas telah dianugerahkan kepada orang tertentu didalam parti politik yang bersahabat dengan parti kerajaan negeri. Ini bukan lagi soal mereka dapat isi dan rakyat dapat kuah, tetapi ini lebih kepada soal mereka dapat mereka mendapat isi dan kuah sedangkan rakyat hanya dapat musibah.
Berikut Tok muatnaikkan beberapa gambar yang Tok dapat dari laman media sosial termasuk di facebook dan group Whatsapp untuk dikongsikan bersama:
Meminjam kata-kata allahyarham P.Ramlee dari salah satu filem lawaknya:
'Botak, macam kepala bapak mertua aku'
Hutan Loging dari udara ... licin bersih dan botak
Balak-balak hanyut dan menutupi jalanraya
Balak diatas jalan
0 comments:
Post a Comment