Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 27, 2014

MARAN : CIK PUAN MUDA PAHANG LAWAT MANGSA BANJIR DI DUN KUALA SENTUL


Displaying DSC_3703.JPG



Maran, 26 Disember 2014 - Seramai 542 mangsa banjir di dalam DUN Kuala Sentul menerima sumbangan dan bantuan barangan keperluan yang disampaikan oleh Yang Amat Berbahagia Cik Puan Muda Pahang Julita Aishah.

Mereka adalah terdiri daripada 3 buah pusat pemindahan yang diwartakan iaitu di SK Kuala Sentul seramai 238 orang, Pusat pemindahan Kg Jara seramai 173 orang manakala Pusat Pemindahan Sg Jerik seramai 131 orang.

Ianya adalah sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan melalui gerakan Sukarelawan Pahang (GST) dimana YAM Tengku Muda Pahang sebagai penaung.

Yang Amat Berbahagia Cik Puan sewaktu menyampaikan sumbangan turut melahirkan rasa simpati kepada mangsa banjir dan mengharapkan mangsa banjir bersabar dengan ujian Tuhan serta menjaga kesihatan sewaktu berada di pusat pemindahan.

Kini kira-kira 90 NGO bernaung dibawah GST bertujuan menyelaraskan bantuan khususnya sewaktu banjir di Pahang termasuk di IPTA dan IPTS di Negeri Pahang.

Selain itu memberikan sumbangan berbentuk barangan keperluan GST turut melakukan berbagai program bagi membantu mangsa banjir seperti Program Pemulihan Pemikiran dengan membawa Team Bolasepak Pahang ke Pusat Pemindahan Banjir serta Gunting Rambut secara percuma .

Turut hadir mengiri YaBHG Cik Puan Pahang, YB Dato' Shahaniza Shamsuddin Exco Kerajaan Negeri Pahang ADUN Kuala Sentul, YB Dato'Seri Ismail Mutalib Timbalan Menteri Sumber Manusia Ahi Parlimen Maran, YB Nurhidayah Suhaimi ADUN Luit, YH Dato Fadzilah Saleh Pegawai Daerah Maran serta kepimpinan setempat.


Displaying DSC_3740.JPG


Displaying DSC_3692.JPG





0 comments:

share2