Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 27, 2014

POLIS NAFI 10 MATI LEMAS DI KUALA KRAI


Banjir


Kota Bharu - Polis Kelantan menafikan khabar angin yang disebarkan menerusi media sosial kononnya 10 orang dipercayai mati lemas akibat terperangkap di dalam rumah di Guchil, Kuala Krai akibat banjir.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim turut menyifatkan sebagai berita palsu kononnya 40 pesakit di Hospital Kuala Krai mati akibat ketiadaan bantuan oksigen.

"Mesej-mesej (melalui aplikasi) WhatsApp yang tidak betul ini tidak sepatutnya diviralkan kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan. Sepatutnya mereka ini membantu mangsa-mangsa berkenaan," katanya.

Beliau berkata, polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang membuat fitnah dan cerita bukan-bukan itu.

"Pihak polis memantau perkara ini supaya ianya tidak menjadi masalah semasa banjir ini," katanya.

Mazlan berkata, pihaknya penyebaran maklumat tanpa memetik sumber sah merupakan kesalahan di bawah Akta Kanun Keseksaan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan kedua-dua kejadian berkenaan.

"Jangan percaya kepada maklumat dalam laman sosial Facebook, Rujuk kepada polis untuk mendapatkan pengesahan," katanya.

0 comments:

share2