Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 25, 2014

LIPIS: BANJIR SEMAKIN BURUK


Keadaan banjir di beberapa kawasan di Lipis dinaiki air antaranya melibatkan kawasan Padang Tengku dan bandar Lipis, semalam


Kuala Lipis - Keadaan banjir di Lipis semakin buruk dengan 1,916, orang membabitkan 412 keluarga dipindahkan ke 25 buah pusat pemindahan di tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) yang terjejas banjir.

Sehingga jam 3 petang semalam, jumlah terbanyak yang dipindahkan itu adalah di Masjid Kampung Bertang, 350 orang diikuti Sekolah Kebangsaan (SK) Chegar Perah (269), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merapoh (256), SMK Padang Tengku (175), Dewan Serbaguna

Kuala Medang (109), SK Batu Yon (109), Balai Raya Jeram Bungor (89), Masjid Kuala Telang (81), SK Kerambit (77), SK Mela (74), Surau Kampung Dusun (44) dan Dewan Agropolitan Tanjung Gahai (43).

Selain itu, mangsa di Dewan Orang Ramai Aur Gading adalah seramai 39 orang, SK Keledek (33), Balairaya Lentang (31), SK Limau Purut (27), SK Teluk Gunung (24), SK Kuala Lanar (20), rumah saudara Kampung Dusun (16), rumah saudara Bukit Kota (11), Balairaya
Kampung Kuala Kechau (10), SJKC Chong Hwa (7), Balairaya Jeram Landak (89), SK Clifford (4) dan Masjid Tanjung Bulu (3).

Masjid Seberang Jelai yang sebelum ini menempatkan 25 mangsa terpaksa ditutup ekoran air banjir melimpahi kawasan berkenaan dan kesemua mangsa telah ditempatkan di SMK Padang Tengku.

Tinjauan Sinar Harian juga mendapati paras air Sungai Jelai di bandar Kuala Lipis semakin tinggi dan kian menghampiri jalan raya.

Peniaga di sekitar Jalan Jelai juga telah bertindak segera memindah keluar barang dari premis perniagaan mereka kerana dibimbangi air bah masuk ke dalam kedai sekaligus merosakan barangan.

Selain itu, beberapa batang jalan di sekitar bandar Lipis termasuk jalan berhadapan Dataran Lipis, Institut Pertanian dan Pejabat Pertanian telah digenangi air dan ditutup kepada semua kenderaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana, Datuk Ahmad Daud berkata, bekalan makanan dan peralatan untuk mangsa banjir yang kian bertambah di pusat penempatan juga telah diedar dan dijamin mencukupi.

“Buat masa sekarang kita menghantar bantuan kepada mangsa banjir melalui bot di kawasan yang terputus hubungan.

“Sekiranya keadaan semakin meruncing kita tidak menolak kemungkinan untuk meminta khidmat helikopter bagi menghantar bantuan makanan terutama di kawasan pedalaman seperti Kampung Chegar Perah,”katanya.

0 comments:

share2