Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 12, 2014

KUANTAN : SUKARELAWAN PEMINDAHAN BARANGAN BANTUAN BANJIR DIPERLUKAN - KARAMAH



Sebanyak 1749 unit peti ais dijangka tiba untuk diagihkan sebagai sumbangan barangan kepada mangsa banjir 2013. Setakat hari ini baru sejumlah sebanyak 240 yang sudah diterima dan disimpan di Dewan Sri Inderapura. (Rujuk artikel - KUANTAN : SUMBANGAN BARANGAN KEPADA MANGSA BANJIR 2013 SUDAH MULA TIBA)

Selain itu, Sekolah Kebangsaan Bunut Rendang juga akan dijadikan tempat penyimpanan barangan berkenaan sebelum diagihkan kepada mereka yang berhak menerimanya.

Kelab Kebajikan Rakan Mesra Pahang (Karamah) adalah NGO yang secara sukarelanya memberi khidmat memindahkan peti ais berkenaan dari 'trailer' ke tempat penyimpanan. Bagaimanapun, dalam jumlah ketibaan barangan yang banyak kelak dijangkakan akan mengalami kesulitan.

Pihak 'Karamah' yang kami hubungi mengalu-alukan sukarelawan yang berminat dan ikhlas bagi membantu dalam kerja-kerja pemindahan peti-peti ais berkenaan. Orang ramai terutamanya warga Dun Inderapura adalah sangat dialu-alukan untuk menawarkan jasa bakti mereka dalam kerja amal berkenaan.

Bagi mereka yang berminat untuk membantu bolehlah mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Kelab Kebajikan Rakan Mesra Pahang (Karamah) melalui aplikasi whatsapp / telefon di nombor-nombor berikut;
  1. 017 9037084 (Angah)
  2. 012 9561045 (Shamsul)
  3. 017 9137336 (Sham)

Menurut wakil Karamah, adalah lebih baik orang ramai turut membantu memberikan sumbangan tenaga mereka secara sukarela dalam urusan pemungahan barangan berkenaan supaya dapat mengelak keraguan mereka selama ini. Jika tidak mampu berbuat demikian, memadailah dengan tidak mencemuh orang lain yang bertungkus-lumus untuk kebajikan mereka.



0 comments:

share2