Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 11, 2014

KUANTAN : SUMBANGAN BARANGAN KEPADA MANGSA BANJIR 2013 SUDAH MULA TIBA



" Kotak aje, isinya xde dh...Ini spatutnya bntuan banjir utk rakyat Kuantan. 3 bln lps kami dmaklumkn akn trima fridge ni, malah stiap rmh dh dberi kupon tuntutan.. tp smpai skrg snyap je. SPRM xkn nk pjam mata aje? (Lokasi: Tmn Tas Ria). Sebarkn spy org yg btgjwb mkn harta awam ni dtgkp"



Demikian status dilaman facebook yang kami temui di group Warga Kuantan. Kita sungguh merasa kesal dengan kenyataan yang tidak bertangungjawab itu kerana kami pasti kenyataan itu dibuat secara terburu-buru dan tanpa usul periksa.

Pertama kami ingin menanyakan, apakah foto diatas itu dirakam sendiri oleh beliau dan bukannya dari sebaran media atau kawan-kawan? Kedua pastikah bahawa didalam kotak berkenaan memang tiada peti ais sebagaimana yang didakwa? Ketiga dimanakah foto itu dirakam? Jika Sahariyani Kontan gagal menjawab soalan-soalan tersebut, kita percaya bahawa beliau hanyalah penyebar khabar dusta. Harap beliau bukan dikalangan orang yang fasik yang menyebarkan berita dusta.

Kami menghubungi pihak berwajib dalam penerimaan dan pengagihan barangan tersebut. Sehingga semalam, hanya baharu 160 peti ais yang diterima dan ianya ditempatkan di suatu tempat sebelum diagih-agihkan kelak. Kami jugha dimaklumkan bahawa KDYMM Tengku Mahkota Pahang akan mengagihkan bantuan berkenaan dalam suatu majlis yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dimaklumkan bahawa hari ini dan hari-hari berikutnya sejumlah lagi barangan berkenaan akan diterima bagi diagihkan kepada 10,197 orang mangsa dari 3 Dun berdasarkan kepada jumlah rumah. Pecahan mengikut Dun adalah seperti berikut; 
  1. Dun Inderapura - 4,840
  2. Dun Tanjung Lumpur - 5,107
  3. Dun Teruntum - 250
Pemberian berkenaan adalah berdasarkan kemusnahan yang dianggap sebagai 'Total Loss' akibat banjir lalu.

Pemberian juga akan diberikan secara berperingkat-peringkat dengan mangambil kira segala aspek termasuklah logistik / pengangkutan. Dijangkakan bahawa Dun Inderapura akan memulakan penerimaan sumbangan berkenaan dengan pecahan kepada 3 zon. 

Ada pihak yang bertanya kenapakah bantuan ini lambat diterima, namun dari segi lojiknya jawapannya sangat mudah kerana barangan berkenaan adalah dari sumbangan pihak lain, apabila lambat diterima maka lambatlah ianya diagihkan.

Memang mudah untuk kita pertikaikan segala apa yang orang lain laksanakan, namun apakah kita tahu masalah yang dihadapi? Ketika barangan tiba, berapa ramai sukarelawan yang berkhidmat dalam urusan punggah-memunggah dengan mengalirkan keringat, Wajarkan itu dibalas dengan cemuhan?

Kita harus berfikir sebagai manusia yang waras dengan menolak segala prasangka buruk terhadap orang lain. Apakah kita mampu melakukannya dengan lebih baik atau kita hanya sekadar mencemuh segala usaha orang lain tetapi tidak berbuat sesuatupun.












0 comments:

share2